Segi Tiga Bermuda
Segi Tiga Bermuda

Segi Tiga Bermuda

Segi Tiga Bermuda (atau dikenali sebagai Segi Tiga Syaitan), merupakan kawasan yang terletak di bahagian barat laut Lautan Atlantik utara, di mana sejumlah kapal terbang dan kapal dikatakan hilang secara misteri. Kawasan perairan di Segi Tiga Bermuda ini merupakan satu daripada laluan perairan paling sibuk di dunia, di mana kapal-kapal kebanyakkannya melalui kawasan ini untuk ke pelabuhan yang terletak di Amerika, Eropah serta Kepulauan Caribbean. Kapal-kapal mewah serta kapal terbang selalunya akan melalui kawasan ini.Sesetengah kehilangan tersebut telah dikaitkan dengan kejadian paranormal, atau aktiviti oleh makhluk asing mengikut pandangan budaya popular.[1] Walaupun terdapat banyak dokumen yang menunjukkan kebanyakan kejadian telah disalah lapor atau ditokok tambah, di samping penafian rasmi kebanyakan agensi kerajaan bahawa jumlah kehilangan bukan sesuatu yang ketara, kebanyakkan kes kehilangan di kawasan itu masih tidak dapat dijelaskan walaupun banyak siasatan mendalam telah dilakukan[2][3]

Rujukan

WikiPedia: Segi Tiga Bermuda http://www.monash.edu.au/pubs/monash-news/2003/bub... http://www.aquaexplorers.com/Bermuda_shipwrecks.ht... http://www.docksideconsultants.com/wavessup.html http://translate.google.com/translate?u=https://en... http://www.graveyardoftheatlantic.com/Deering/CADe... http://www.scifi.com/trianglesecrets/ http://strangegr.tripod.com/strangeandparanormalac... http://www.physics.smu.edu/~pseudo/BermudaTriangle... http://woodshole.er.usgs.gov/project-pages/hydrate... http://woodshole.er.usgs.gov/project-pages/hydrate...